Menurut (Kamus The New
Penguin English Dictionary) dalam (Pelita Bahasa,2004:52) mendefinisikan
perkataan seminar seperti berikut :
a meeting for exchanging and discussing information
(pertemuan untuk bertukar-tukar dan membincangkan
maklumat)
Menurut kamus yang sama
juga, bengkel bemaksud :
A brief intensive session of study, training, or
discussion for relatively
small group of people with an
emphasis on active participation.
(sesi kajian, latihan, atau
perbincanganyang dijalankan secara singkat
dan intensif untuk kumpulan orang
yang agak kecil dengan penekanan
kepada penyertaan secara aktif)
(Kamus Dewan: 1992)
dalam (Pelita Bahasa, 2004: 52) pula menghuraikan seminar dan bengkel seperti
berikut:
Seminar ialah persidangan atau perjumpaan untuk
berbincang
atau bertukar-tukar pendapat tentang
perkara-perkara tertentu.
Bengkel bermaksud mesyuarat (perbincangan dan sebagainya)
secara
berkelompok
untuk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat (idea
dan
sebagainya) tentang sesuatu.
Pada hakikatnya,
kebanyakan kamus tidak menyatakan besar kecilnya saiz seminar ataupun bengkel.
Daripada huraian yang diberikan. Nampaknya tidak banyak perbezaan anatara
seminar dengan bengkel. Walau bagaimanapun The New Penguin English Dictionary
dalam (Pelita Bahasa,2004:52) menyatakan bahawa bengkel bertujuan untuk
memberikan latihan selain perbincangan.
Selain itu, maklujat
penting yang diberikan adalah tentang “penyertaan secara aktif”. Hal yang
demikian ini bermakna bahawa bengkel sewajarnya diadakan untuk kelompok kecil
bagi membolehkan setiap peserta turut berbincang, memberikan pandangan atau
mengemukakan soalan. Apa lagi kalau bengkel diadakan untuk memberikan atau
meningkatkan kemahiran peserta dalam Sesutu bidang, seperti bidang penulisan.
Demikian juga halnya
dengan seminar. Ada seminar kecil yang melibatkan dua tiga puluh orang sahaja
untuk membincangkan sesuatu perkara khusus. Sebaliknya, ada seminar yang
pesertanya sampai berates-ratus orang. Kadang-kadang dalam seminar yang besar,
pembentangan beberapa kertas kerja serentak diadakan dalam bilik-bilik yang
lebih kecil umtuk memudahkan perbincagan dalam lingkungan kelompok yang
terbatas.
Kesimpulan yang dapat
dibuat ialah besar kecilnya bilangan peserta seminar atau bengkel bergantung
pada tujuan atau matlamat sesuatu
seminar atau bengkel itu diadakan. Jika tujuan bengkel diadakan ialah untuk
meningkatkan kemahiran peserta dalam bidang penulisan dalam masa yang tertentu,
maka bilangan pesertanya haruslah kecil. Sebaliknya jika tujuannya sekadar
untuk memberikan pendedahan atau mendapatkan maklum balas, maka bolehlah
melibatkan peserta yang besar bilangannya.
RUJUKAN :
Anon. 2004. Pelita Bahasa. Yang Mana Seminar
dan Yang Mana Bengkel?. Keluaran Mac
2004. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
x jemu membaca...bravo cikgu mashitoh kesayanganku!
ReplyDelete